Tuesday, July 15, 2008

FAM 'buta kayu'

Laporan akhbar hari ini memetik pasukan N9 dipotong 3 mata selepas didakwa menurunkan pemain bawah 21 tahun ketika pertemuan di Shah Alam hujung bulan lalu.

Setelah diselidiki FAM sebenarnya tersilap tulis dalam mengeluarkan fatwanya kerana apa yang ditulis dalam peraturan ini hanya memberitahu setiap pasukan WAJIB menurunkan pemain bawah 21 tahun bermain sepanjang 90 minit. Kenyataan ini jelas tidak menyatakan pemain tersebut adalah pemain tempatan ataupun pemain import. Ahhh FAM memang 'buta kayu', Che Mat Jusoh 'sengaja' nak bantu Ganu layak ke suku akhir Piala Malaysia!

Thursday, July 03, 2008

Berkongsi Kenderaan ke Stadium

Sesuatu yang perlu dijadikan amalan tatkala kos harga minyak yang agak tinggi. Dahulu amalan berkongsi kenderaan sering dipandang sepi malah kempen 'Berkongsi Kenderaan ke Pejabat' yang pernah diwar-warkan satu masa dahulu pun hanya tinggal slogan yang mana tujuannya menangani kesesakan lalulintas.
Berdasarkan situasi semasa ini wajarlah kempen ini dihidupkan semula. Berkongsi kenderaan ke stadium telah lama dipraktikan. Dahulu masa tinggal di Kuala Lumpur untuk menonton bola di Paroi kami akan berkumpul di sebuah stesen minyak berhampiran tol Sungai Besi dan seterusnya berkongsi kenderaan. Jimat tol dan jimat minyak (tambahan pula naik kenderaan yang menggunakan NGV).
Kini waghieh-waghieh perlu lebihkan connection untuk kita sama-sama berkongsi kenderaan ke stadium. Sama-sama kita amalkan.