Thursday, March 05, 2009

Football : Harris willing to help FAM

By : Christopher Raj

FORMER national coach Allan Harris is willing to help the FA of Malaysia and no, he isn't expecting a big, fat salary.

Harris, who handled the various national teams in 2000-2004, has been following Malaysian football's recent developments and just wants to give something back.

"Football has been good to me and I just want to give something back to the game. Why not in Malaysia?" said Harris, who contacted Timesport from London yesterday.

"I believe we can sit down and work things out. I am not looking at earning a big salary. FAM has been very good to me and the fans are also very supportive, so why not?

"But FAM can't be looking at short term success as there must, at least, be a five-year plan. All parties must also come together if Malaysian football is to succeed."

Harris, a former Chelsea player, was in charge of the national Under-23 team that won the 2001 Sea Games silver in Kuala Lumpur and guided the senior team to the 2003 Tiger Cup (now Asean Championship) semi-finals after wins over Thailand and Singapore.

His pedigree as a coach is unquestionable but is FAM willing to give him a second chance?

JangBola : Any Comment?

Sunday, March 01, 2009

Zakuan akhiri badi gol

28.02.2009 - Alhamdulillah, bersyukur JangBola apabila Zakuan telah menemui kembali sentuhan penyudahnya setelah kemarau jaringan sejak 6 perlawanan yang lalu. Sebagai peminat fanatik pasukan si rusa, JangBola pun turut risau dengan prestasi Zakuan atau turut dikenali sebagai Dik Wan. Pada perlawanan semalam iaitu pertemuan Negeri Sembilan menentang PDRM, Zakuan membuktikan dia masih mempunyai kualiti tersendiri sebagai penyerang dengan menghasilkan dua jaringan. Pada perlawanan semalam Negeri Sembilan membelasah PDRM 4-1.

Sebelum perlawanan semalam JangBola perasan Zakuan amat terdesak untuk membuktikan sentuhannya. Kali terakhir jaringan Zakuan untuk Liga Super ialah pada 06.01.2009 ketika pertemuan dengan Kedah. Ada dua kali JangBola terbaca dalam Harian Metro, Wan Jamak menegur prestasi Zakuan yang buntu dalam menjaringkan gol. Selain itu, JangBola perhatikan juga kritikan terhadap Zakuan yang agak panas dalam satu ruangan forum penyokong bolasepak. Sebagai pemain profesional JangBola mengharapkan Zakuan terus improve dan membuktikan dia masih berbisa.

Sebagai peminat, JangBola juga berharap Zakuan tidak menoleh ke belakang selepas ini. Jadikan 2 gol yang diperolehi semasa pertemuan dengan PDRM ini sebagai inspirasi untuk Zakuan menghasilkan lebih banyak gol selepas ini.

Kronologi Gol Zakuan musim 2009

03.01.2009 - Gol pertama dan kedua Zakuan musim ini dijaringkan pada perlawanan pertama Liga Super ketika Negeri Sembilan bertandang ke Pulau Pinang yang berkesudahan Negeri Sembilan menang 3-0, dua gol daripadanya adalah jaringan Zakuan.
Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, Mohd. Zaquan Adha Razak membuka jaringan buat pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 diikuti gol kedua lima minit kemudian sebelum Idris Karim menyumbang gol ketiga (m-62).

06.01.2009 - Gol ketiga peribadi Zakuan dijaringkan pada perlawanan ketiga Liga Super yang mana menyaksikan Negeri Sembilan menumbangkan juara treble musim lalu Kedah tiga gol tanpa balas.
Kemenangan menerusi jaringan sumbangan Shukor Adan (m-33), Zaquan Adha Razak (m-39) dan K. Thanaraj (m-59) itu membolehkan Negeri Sembilan mengekori rapat Selangor.

03.02.2009 - Perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA yang menyaksikan Negeri Sembilan menang dengan agregat 2-1. Gol pertama perlawanan ini dijaringkan Zakuan melalui sepakan penalti.

28.02.2009 - Malam derita PDRM, apabila dibelasah Negeri Sembilan 4-1. Dua daripadanya hasil jaringan Zakuan. Gol peribadi keempat dan kelima Zakuan.