Friday, July 24, 2009

Iklan Promo Bolasepak Negeri Sembilan

JangBola baru sahaja memperolehi salinan promo ini. Promo ini dipasangkan pada billboard padang MPS. Sungguh kreatif, ada inisiatif tapi setakat musim itu sahaja (musim 05/06). Tahun berikutnya tiada lagi. Satu lagi projek hangat-hangat tahi ayam.



Tahun berikutnya, masa zaman Hateem dan sekarang zaman Wan Jamak promo ini sudah tiada lagi. Bukankah ini juga sebahagian dari usaha menarik penyokong ke stadium. Mana peranan kelab penyokong rasmi? Apa lagi usaha PBNS? Bila gate collection kurang disalahkan penyokong lebih berminat dengan liga antarabangsa sedangkan apakah usaha mereke "menjual" pasukan Negeri Sembilan? Berapa daerah yang telah dijelajah? bersambung...

Monday, July 20, 2009

Malaysia vs MU : Menang itu Keajaiban

Sengaja JangBola tidak posting apa-apa untuk perlawanan pertama Malaysia vs MU tempoh hari. Kekalahan tipis 2-3 seolah-olah membayangkan prestasi skuad negara sudah menampakkan sinar. Heboh diperkatakan media perdana kemampuan pasukan Malaysia mengikat kedudukan sebelum ayam tambatan baru MU Owen menjaringkan gol kemenangan.

Lantas itu harapan setinggi gunung diletakkan agar Malaysia sekali lagi memberi tentangan dalam perlawanan kedua. Nyata impian Malaysia kosong belaka, MU mudah menjinakkan skuad negara 2-0 hasil jaringan Macheda dan Owen dalam masa 3 minit. JangBola yang mengikuti secara live streaming jelas kemenangan untuk Malaysia adalah satu keajaiban. Bayangkan berapa kali penjaga gol MU menangkap bola dan berapa kali penyerang Malaysia yang diketuai Amri, Safee, Zakuan dan rakan-rakan masuk ke kotak penalti MU.

Ayuh saksikanlah kerapuhan benteng Malaysia!

Monday, July 13, 2009

Lalang

Di saat ini JangBola masih lagi mencari erti sebenar Penyokong Tegar. Terdapat banyak definisi dan tafsiran. Terpulang pada individu memberi maksud sebenar. Pun begitu, seperti mana lawan kepada Penyokong Tegar, Penyokong Lalang tidak kurang juga mempunyai pelbagai tafsiran. Sama-samalah kita tepuk dada tanya dimana pilihan kita tegar @ lalang?

Wednesday, July 08, 2009

Menang tapi...

JangBola sempat menyaksikan perlawanan N9 bertemu MyTeam yang berkesudahan N9 berpesta jaringan 6 gol berbalas 2 gol. Kemenangan yang sedikit sebanyak mengubat kedukaan peminat yang menanti kemenangan sejak dari 6 perlawanan terdahulu.

JangBola turut bergembira namun jauh disudut hati JangBola dapat rasakan kemenangan ini tidak menceriakan perasaan. Kecewa dengan kemenangan! Kecewa dengan prestasi yo-yo pemain. Bayangkan berpesta dengan 6 jaringan pada separuh masa pertama tetapi buntu dengan jaringan pada separuh masa berikutnya. Bukan hanya buntu tetapi aksi pemain juga kurang bertenaga walaupun lawan hanya bermain dengan 10 pemain. Apakah yang boleh JangBola rumuskan tentang prestasi pemain? Yo-yo? Cepat puashati? atau apa sebenarnya?

JangBola yakin semua yang hadir menyaksikan perlawanan ini turut merasakan apa yang JangBola rasakan. Kemenangan ini sekadar untuk merasakan kegembiraan tapi bukan untuk dibanggakan.

JangBola Benci Rasuah

Saturday, July 04, 2009

Jangan Main Wayang

Harapan JangBola agar isu Main Wayang ini hanyalah telahan mereka yang kecewa dengan prestasi pasukan N9 semata-mata. Namun, seandainya terbukti mereka Main Wayang, PBNS wajib mengambil tindakan tegas dengan segera. Jangan biarkan bolasepak N9 dibelenggu rasuah bolasepak. Jangan biarkan peminat N9 pula masuk ke padang!

Wednesday, July 01, 2009

Angkara Pengadil @ Jual Perlawanan?

Kekalahan 0-4 kepada pasukan Perlis amat memalukan! Bukan bermaksud JangBola tidak boleh menerima kekalahan tetapi seperti ada permainan kotor di sebalik kekalahan N9 malam tadi. Kekalahan pertama kali dalam Liga Super di tempat sendiri yang juga kekalahan ketiga berturut-turut. Berikut keputusan 5 perlawanan terakhir N9 selepas rehat 3 minggu :
  • 16 Jun tewas 1-3 kepada Kedah di Alor Setar
  • 20 Jun seri 1-1 dengan Selangor di Paroi
  • 23 Jun tewas 0-2 kepada Perak di Ipoh
  • 27 Jun tewas 0-3 kepada Johor FC di Pasir Gudang
  • 30 Jun tewas 0-4 kepada Perlis 0-4 di Paroi
Mutu pengadilan yang terlalu lemah? Unsur-unsur rasuah sudah mula membarah dalam pasukan? atau taktikal WJ sudah dikesan pasukan lawan?

Marilah kita sama-sama membongkar rahsia sebenar kemerosotan N9, kalau benar ada unsur rasuah dalam pasukan. Ayuh PBNS! Jangan kamu sekadar melepaskan batuk di tangga dengan hanya memberi amaran lisan. Dakwa mereka! Jangan beri muka tidak kiralah pemain tersebut bertaraf bintang atau tidak. Salah tetap salah, rasuah adalah musuh utama negara! Jangan biar bolasepak N9 hancur dengan kerenah mereka. Mereka adalah musuh negara.

Namun sekiranya kemerosotan N9 adalah faktor ketidakupayaan WJ merencana taktikal yang baik. Taktiknya mudah dibaca lawan, terlalu manjakan pemain bintang, kerap silap percaturan kesebelasan utama. Jawapannya mudah! Rehatkan sahaja WJ dari melatih N9, untuk PM nanti cubalah PBNS risik mana-mana coach lain yang boleh memberi ide-ide baru untuk transformasikan bolasepak N9.