Monday, October 27, 2008

Piala Emas Raja-Raja

JangBola berkesempatan menghadiri sesi pemilihan skuad ini. Dari apa yang difahami N9 tidak akan menghantar pemain-pemain dari skuad utama Liga Super sebaliknya hanya pemain-pemain bertaraf amatur yang bermain mewakili jabatan-jabatan kerajaan seperti MPS, MPN, Jabatan Kesihatan, Bomba dang sebagainya menggalas tanggungjawab mewakili skuad ini. Hanya satu dua bekas-bekas pemain utama negeri seperti penjaga gol Mohd. Yazid Yasin yang diselitkan.

Tuesday, October 21, 2008

Jadual Perlawanan Persahabatan N9 Pra-Musim

Berikut jadual perlawanan persahabatan N9 membabitkan bulan Oktober dan November.

22/10 - lawan Kolej Legenda
24/10 - lawan Malaysia bawah-19
25/10 - lawan Malinja FC (batal) Skuad Presiden lawan Skuad Piala Emas Raja-Raja
* Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4.45 petang

08/11 - lawan Johor - Batal
11/11 - lawan Kuala Lumpur
13/11 - lawan T-Team - 4.45 ptg - update!
22/11 - lawan Johor FC
25/11 - lawan PKNS (away)
29/11 - lawan Kelantan - update!
* status bagi perlawanan Johor FC dan PKNS belum diketahui
* Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8.45 malam

Sebarang perubahan tertakluk kepada PBNS. Harap maklum.

Wednesday, October 15, 2008

Ayuh Negeri Sembilan!!

Waktu ini jika dilihat di ruang sukan setiap akhbar utama, urusan perpindahan pemain Liga Malaysia, dari sebuah pasukan ke sebuah pasukan lain cukup hebat berlangsung. Pasukan Selangor, Kelantan, KL Plus, Kedah serta Perlis merupakan antara pasukan cukup rancak merencana hala tuju pasukan masing-masing dengan membawa masuk beberapa pemain baru. Situasi ini jelas menggusarkan tatkala melihat perkembangan pasukan Negeri Sembilan.
Dilaporkan, pasukan Negeri Sembilan tidak berminat untuk membawa atau memancing pemain luar. Cukup hanya dengan pemain yang sedia ada serta hanya diperkuatkan lagi dengan pemain-pemain muda yang diangkat dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia Negeri Sembilan musim lepas.
Membimbangkan para peminat, adakah keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) ini merupakan suatu tindakan yang tepat, terutamanya tentang hal pemain muda ini untuk menggalas tanggungjawab yang akan diberi. Mengikut perkiraaan, adakah mampu pemain uda ini memikul tugas yang ditinggalkan oleh tiga pemain import sebelum ini iaitu, Marion Juhas (Pertahanan), Mohd Lamin Conteh (Tengah) serta Udo Fortune (Penyerang). Di tambah dengan kemungkinan penghijrahan ke Slovakia oleh dua tonggak utama pasukan musim lepas iaitu pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan (pertahanan) dan Mohd Zaquan Adha Abd Razak(Penyerang) serta pengguguran bekas ketua pasukan Khairul Anuar Baharom (Pertahanan)
Jelas, Negeri Sembilan harus berusaha mengguatkan bahagian serangan dan pertahanan yang dilihat goyah dengan ketiadaan kumpulan seperti pemain yang disebut diatas. Kebimbangan peminat bertambah, ekoran musim hadapan Negeri Sembilan turut akan mewakili Malaysia bagi saingan Kelab-kelab Asia. Peminat tidak mahu penyertaan Negeri Sembilan di kejohanan terbabit hanya sebagai pelengkap pasukan sahaja.

Mohd Rahman Zabul

Jika alasan PBNS,langkah yang bakal dimabil mereka nanti adalah sebagai rancangan juangka panjang, di harap ia mampu dikaji semula. Mengikut rekod sebelum ini, Negeri Sembilan pernah menggunakan langkah yang sama pada tahun 2002 dan 2007( dibawah kendalian Hatem Soussi)
dan akibatnya Negeri Sembilan menjadi pasukan yang mudah diperlekehkan oleh pasukan lain.
Bukan tidak boleh mempertaruhkan bakat-bakat muda, cuma ia patut diseimbangkan dengan kehadiran pemain-pemain yang lebih berpengalaman. Kini Negeri Sembilan hanya memiliki Ching Ong Aik, Idris Karim, Rezal Zambrey Yahya dan Rahman Zabul sahaja yang dapat membimbing pemain-pemain muda ini.
Di sini di harapkan, PBNS dapat membawa semula Norhafiz Zamani Misbah serta Yosri Dermaraju ke dalam pasukan bagi menyeimbangkan kekuatan pasukan teruatamanya di bahagian pertahanan. Secara tidak langsung sebenarnya, dengan kemasukan pemain ini mampu menaikkan semangat pemain-pemain muda dalam pasukan, lebih-lebih lagi kedua pemain ini merupakan anak jati Negeri Sembilan. Seorang penyerang berpengalaman juga seharusnya dibawa masuk oleh PBNS. Ketika ini masalah terbesar adalah di posisi terbabit. Besar harapan juga, pengendali Negeri Sembilan ketika ini iaitu Wan Jamak Wan Hassan bijak merencana strategi terbaik bagi membawa kejayaan kepada pasukan Jang musim akan datang.

Tuesday, October 07, 2008

Jang Perlu Pantas

Musim baru, tenaga baru, azam baru, strategi baru.

Sepak mula Liga Malaysia ada 3 bulan lagi! Sesetengah mereka di kerusi empuk PBNS mungkin berasa lambat lagi perlu menyediakan pasukan tapi bagi pasukan-pasukan lain mereka sudahpun beriya-iya menyediakan sebuah pasukan yang mantap latihan sudah dimulakan walaupun open house masih merata-rata umpama esok lusa liga bermula. Tawaran kepada yang tamat kontrak telahpun dihulur hanya menanti jawapan sahaja.

PBNS macam biasa, hanya MoU dihulur untuk terus kekal bersama beserta naik gaji sedikit saja. Local import jangan ditanya alasannya fokus kepada pemain muda.

Jang jangan leka jang, mereka semakin mara sedangkan kita hanya berpeluk dada. Melihat mereka membina tenaga sedang kita asyik leka bermimpi di siang hari sahaja.