Wednesday, October 15, 2008

Ayuh Negeri Sembilan!!

Waktu ini jika dilihat di ruang sukan setiap akhbar utama, urusan perpindahan pemain Liga Malaysia, dari sebuah pasukan ke sebuah pasukan lain cukup hebat berlangsung. Pasukan Selangor, Kelantan, KL Plus, Kedah serta Perlis merupakan antara pasukan cukup rancak merencana hala tuju pasukan masing-masing dengan membawa masuk beberapa pemain baru. Situasi ini jelas menggusarkan tatkala melihat perkembangan pasukan Negeri Sembilan.
Dilaporkan, pasukan Negeri Sembilan tidak berminat untuk membawa atau memancing pemain luar. Cukup hanya dengan pemain yang sedia ada serta hanya diperkuatkan lagi dengan pemain-pemain muda yang diangkat dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia Negeri Sembilan musim lepas.
Membimbangkan para peminat, adakah keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) ini merupakan suatu tindakan yang tepat, terutamanya tentang hal pemain muda ini untuk menggalas tanggungjawab yang akan diberi. Mengikut perkiraaan, adakah mampu pemain uda ini memikul tugas yang ditinggalkan oleh tiga pemain import sebelum ini iaitu, Marion Juhas (Pertahanan), Mohd Lamin Conteh (Tengah) serta Udo Fortune (Penyerang). Di tambah dengan kemungkinan penghijrahan ke Slovakia oleh dua tonggak utama pasukan musim lepas iaitu pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan (pertahanan) dan Mohd Zaquan Adha Abd Razak(Penyerang) serta pengguguran bekas ketua pasukan Khairul Anuar Baharom (Pertahanan)
Jelas, Negeri Sembilan harus berusaha mengguatkan bahagian serangan dan pertahanan yang dilihat goyah dengan ketiadaan kumpulan seperti pemain yang disebut diatas. Kebimbangan peminat bertambah, ekoran musim hadapan Negeri Sembilan turut akan mewakili Malaysia bagi saingan Kelab-kelab Asia. Peminat tidak mahu penyertaan Negeri Sembilan di kejohanan terbabit hanya sebagai pelengkap pasukan sahaja.

Mohd Rahman Zabul

Jika alasan PBNS,langkah yang bakal dimabil mereka nanti adalah sebagai rancangan juangka panjang, di harap ia mampu dikaji semula. Mengikut rekod sebelum ini, Negeri Sembilan pernah menggunakan langkah yang sama pada tahun 2002 dan 2007( dibawah kendalian Hatem Soussi)
dan akibatnya Negeri Sembilan menjadi pasukan yang mudah diperlekehkan oleh pasukan lain.
Bukan tidak boleh mempertaruhkan bakat-bakat muda, cuma ia patut diseimbangkan dengan kehadiran pemain-pemain yang lebih berpengalaman. Kini Negeri Sembilan hanya memiliki Ching Ong Aik, Idris Karim, Rezal Zambrey Yahya dan Rahman Zabul sahaja yang dapat membimbing pemain-pemain muda ini.
Di sini di harapkan, PBNS dapat membawa semula Norhafiz Zamani Misbah serta Yosri Dermaraju ke dalam pasukan bagi menyeimbangkan kekuatan pasukan teruatamanya di bahagian pertahanan. Secara tidak langsung sebenarnya, dengan kemasukan pemain ini mampu menaikkan semangat pemain-pemain muda dalam pasukan, lebih-lebih lagi kedua pemain ini merupakan anak jati Negeri Sembilan. Seorang penyerang berpengalaman juga seharusnya dibawa masuk oleh PBNS. Ketika ini masalah terbesar adalah di posisi terbabit. Besar harapan juga, pengendali Negeri Sembilan ketika ini iaitu Wan Jamak Wan Hassan bijak merencana strategi terbaik bagi membawa kejayaan kepada pasukan Jang musim akan datang.

2 comments:

chuaw@i said...

OK apa pemain muda. Kejutan akan berlaku tahun 2009 3 piala Negeri Sembilan akan sapu............Ayuh Negeriku

nizam_y2j said...

den stujuuuuu!!! ayuh kito buek gerakan SEMANGAT 48!!!!