Saturday, January 31, 2009

Cerita Bola Dulu-dulu

Salam, Jang kali ni nak citer pasal kenangan lama. Selak punya selak majalah lama-lama jumpa pulak majalah yang ada gambar ni. Kalau korang nak tahu, gambar tu gambar pasukan Negeri Sembilan pada tahun 1991. Hmm tahun 1991 adalah tahun kebangkitan pasukan bola N9. Kalau sebelum tahun ni pasukan N9 adalah pasukan belasahan yang memang lauk kalau nak dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain seperti Kuala Lumpur, Singapura, Pahang dan Kedah.

Pada tahun tu jugak, tahun terakhir pasukan N9 menggunakan Stadium Perbandaran Seremban (sekarang dah jadi shopping complex), sebelum Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi digunakan hingga sekarang. Tahun terakhir yang membawa kepada kejayaan menjuarai Liga Semi Pro Divisyen 2, seterusnya layak ke Divisyen 1 tahun 1992. Jang masih ingat lagi kalau setiap kali perlawanan melibatkan N9 pada masa tu, stadium sentiasa penuh dan bandar Seremban sesak setiap petang Ahad. Game pulak start pukul 4.45 petang dan tamat sekitar 6.30.

Antara bintang N9 pada masa tu ialah trio import yang terdiri daripada Bozik Bersaudara (Miroslav dan Robert) dan penyerang handalan Marian Valach. Pemain tempatan antaranya Richard Scully, Mansor Sulaiman dan Nazari Hussein.

Cuma apa yang Jang nak cakap kat sini, pada masa tu walaupun N9 mempunyi pemain import yang handal dan pemain tempatan yang mantap, N9 masih kempunan Piala Malaysia. Jang rasa daripada zaman bapak Jang dulu pun belum merasa lagi Piala Malaysia berada di bumi N9 ni. Paling akhir tahun 1948, hmm lama dah , dah 61 tahun pun. Harap-harap skuad tahun ni dapat menghilangkan kemarau berpanjangan tu. Aminnn

Monday, January 19, 2009

Angka 3 Angka Keramat!

JangBola perhatikan angka ini cukup keramat bagi musim 2009 ini. Dari empat perlawanan yang telah dilalui kesemuanya menghasilkan angka 3. Tiga daripadanya N9 menggondol 3 mata dengan kemenangan 3-0. Bermula dengan kemenangan 3-0 dengan pasukan Pulau Pinang di Std. Bandaraya diikuti kemenangan bergaya juga 3-0 keatas pasukan Treble Kedah dan pasukan Perak di Paroi. Tidak kurang juga kekalahan skuad rusa kepada pasukan Selangor di Shah Alam yang turut menghasilkan keputusan 0-3.

Perlawanan seterusnya ialah aksi pusingan pertama Piala FA mempertemukan skuad si rusa dengan jiran di selatan iaitu pasukan Melaka di Paroi pada 31 Januari ini. Buat sementara liga berhenti rehat bagi memberi laluan kepada pusingan kelayakan Piala Asia.