Tuesday, September 23, 2008

Salam Aidilfitri dari JangBola

Aidilfitri Hari Bahagia, Hari Mulia

Pada kesempatan ini JangBola mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua peminat-peminat tegar bola sepak pasukan Si Rusa. Semoga beroleh kesempurnaan dalam melakukan amalan-amalan sepanjang kita di bulan Ramadhan. Kita doakan juga agar kita dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.

Ohhh...Gosip gosip gosip, bulan Ramadhan juga tak dapat lari daripada dihinggapi penyakit gosip termasuklah dalam bola sepak. Terkini yang JangBola dengar ramai pemain dari sebuah pasukan utara tanahair bakal 'angkat kaki' termasuk yang muda-muda pun beriya-iya ingin mendapatkan pelepasan. Juga khabarnya sebuah pasukan kelab yang baru 'naik pangkat' rakus mencari pemain-pemain yang ada nama hinggakan ada pasukan-pasukan yang tidak berpuas hati dengan cara kelab ini memancing pemain.

Tidak kurang hebat juga ada sebuah pasukan dari Lembah Klang yang agak drastik membuang tonggak-tonggak mereka tapi pada masa yang sama cuba merampas pemain dari pasukan lain walaupun tahu pemain itu masih mempunyai kontrak. Itulah resam bola sepak di penghujung masim bila menanti musim baru tiba. Semoga keluar-masuk pemain dalam sesebuah pasukan dapat merancakkan saingan liga kita hendaknya.

Apa yang terkini di kem Si Rusa? Sumber JangBola memberitahu semua pemain yang bernaung dengan PBNS telah menandatangani MoU untuk kekal bersama N9 kecuali Sang Kembar yang berada di Slovakia bersama pasukan negara dalam siri jelajah persahabatan. Tiga nama yang digugurkan sudahpun diketahui umum iaitu bekas ketua pasukan Khairul Anuar Baharom, penyerang yang sudah kurang bisanya Effendi Malek dan penjaga gol yang banyak memanaskan bangku simpanan Yazid Yassin.

Akhir sekali, JangBola ucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Pandu berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersyang. Salam manis dan salam mesra untuk semua.