Thursday, December 04, 2008

Shukor Adan Pelengkap N9?

JangBola agak terkejut bila mana Shukor Adan mengikat kontrak dengan N9. Tanpa sebarang petunjuk (teka-teki mahupun khabar angin) Shukor terus diikat 3 tahun bagi melengkapkan kuota 25 pemain yang bakal bersaing merebut kesebelasan utama N9 musim 2009.

Sebelum ini Shukor dikaitkan dengan pasukan elit DPMM yang berpengkalan di Brunei. Tawarannya cukup lumayan cuma yang menjadi penghalang kepada Shukor ialah kontrak yang ditawarkan hanya untuk 8 bulan sahaja.

Shukor Adan bukanlah asing bagi JangBola mahupun peminat-peminat N9 yang lain. Shukor antara tonggak kejayaan N9 yang merangkul kejuaraan Piala Presiden untuk 2 tahun berturut-turut (1999 dan 2000) dibawah kendalian coach K. Devan. Pada tahun 2000, Shukor juga mewakili N9 hingga ke final Piala Malaysia sebelum tumpas kepada pasukan Perak.

Selepas meninggalkan N9, Shukor Adan setia dengan Selangor sejak 2001-2008 sebelum disingkirkan baru-baru ini. Walaupun antara senior dalam skuad kebangsaan, Shukor harus ingat tidak ada jalan mudah untuk dia mendapat kedudukan selesa dalam pasukan N9. Dia harus bekerja keras dan menunjukkan kredabiliti bahawa dia sememangnya diperlukan N9 dan bukan pelengkap pemain di padang.