Sunday, June 28, 2009

Dari Pasukan Pilihan Kepada Pasukan Belasahan

Berbaki lima perlawanan dari 26 siri perlawanan Liga Super 2009, JangBola dapat simpulkan peluang N9 untuk menggapai selaku juara LS kini tinggal angan-angan. Malah untuk menyamai rekod musim lepas selaku naib juara LS pun tampak mustahil.
Segala-galanya berubah apabila liga berhenti rehat pada 23 May bagi memberi laluan kepada latihan dan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan. Nyata sekali rehat 3 minggu sedikit sebanyak menjejaskan klimaks pasukan N9. Bermula dari liga yang disambung semula 16 Jun lalu menyaksikan N9 tewas 1-3 kepada pasukan Kedah, kemudian mengikat Selangor 1-1 di Paroi. Tewas mengejut kepada pasukan muda Perak 0-2 dan yang terbaru ditumpaskan pasukan Johor FC 0-3 di Pasir Gudang. Lima perlawanan terakhir N9 ialah bertemu Perlis, KL Plus, UPB Myteam, KM Naza dan Terengganu.
Adakah rehat 3 minggu benar-benar menggangu prestasi N9?
JangBola cuba mencari jawapan dari persoalan yang berlegar-legar di ruang kepala. Ketika pasukan lain menggunakan kesempatan rehat mempertajamkan serangan dan memperkemaskan setiap posisi. N9 juga membuat perkara yang sama malah N9 menggunakan kesempatan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Pulau Pinang.
Cuma dari apa yang JangBola perhatikan taktikal WJ sudah dapat dianalisis setiap pasukan lawan, WJ seakan tidak mampu mencari formula baru dalam memvariasikan perlawanan. Benteng kebal yang dicanang juga sudah runtuh, flanker pantas yang menjadi senjata utama juga sudah tiada, gandingan midfield yang paling serasi juga seakan tiada nadi.
Pemain muda yang diserap masuk juga tiada semangat juang tinggi dan paling dikesalkan pemain muda mudah merajuk. Ditegur penyokong dikatakan penyokong mengutuk, tak pandai menilai seperti mana WJ menilai, tiada sifat patriotisma, puji ketika menang dan keji ketika kalah.
Ini cuma pandangan peribadi JangBola yang kerdil dalam memahami selok belok permainan bolasepak. Tetapi jauh disudut hati kecil JangBola, JangBola harapkan barah rasuah tidak kembali menular dalam Liga Malaysia.

Friday, June 19, 2009

Lawan Yang Di Cemburui

Rekod Negeri Sembilan lawan Selangor - Daripada 1991 sehingga 2009.

Tahun tak bertemu: 1993, 2003, 2004

Jumlah perlawanan: 43 kali

Negeri Sembilan menang: 15 kali
Selangor menang: 19 kali

Seri: 7
kali

Jang mulakan tulisan kali ini dengan memaparkan fakta pertemuan antara Negeri Sembilan menentang Selangor sejak tahun 1991. Kalau ikutkan rekod, tak lah beza sangat, kerana tahun kebangkitan N9 adalah sejak tahun 1991. Sebelum tahun tu Jang rasa rekod lebih memihak kepada Selangor.

Apa Jang nak sampaikan disini, Jang rasa apabila N9 akan bertemu dengan Selangor semangat rasa lain macam. Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi akan lebih ramai daripada biasa. Sentimen nak menang akan lebih tinggi dalam jiwa penyokong. Rasa puas apabila dapat menang dengan pasukan Selangor ni. Sampaikan ada yang cakap, tak dapat piala pun tak mengapa, janji dapat kalahkan Selangor.

Jang buat kesimpulan, memanglah pasukan Selangor ini sentiasa dicemburui oleh kerana dominasi pasukan ini terhadap kejuaraan bolasepak di negara kita. Selain itu faktor pengikut mereka yang ramai pun dicemburui juga. Oleh itu Jang berpendapat N9 seharusnya mencontohi "musuh yang dicemburui" ini untuk N9 pula disegani di Malaysia selepas ini.

Oleh itu jangan lupa pada 20 Jun 2009 jam 8.45 malam sama sama kita penuhkan STAR sempena perlawanan pusingan kedua Liga Super 2009 antara N9 lawan Selangor. Ayuh penuhkan stadium kita.


Laporkan pos ini