Thursday, March 17, 2011

Kronologi Perletakan Jawatan Pegawai-Pegawai PBNS

Perlawanan Negeri Sembilan 2011

29.01.2011 bertemu Harimau Muda A menang 1-0
01.02.2011 bertemu T-Team menang 3-1
12.02.2011 bertemu Perak kalah 2-0
15.02.2011 bertemu Felda United kalah 1-0
26.02.2011 bertemu Sabah menang 1-0
01.03.2011 bertemu Kelantan kalah 3-0
04.03.2011 bertemu Kuala Lumpur kalah penalti (Piala FA)
12.03.2011 bertemu Selangor kalah 1-2

Keseluruhan Menang 3 kali dan Kalah 5 kali

Kekalahan demi kekalahan yang ditanggung Negeri Sembilan akhirnya mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Pertama, ada yang melihat punca prestasi merudum pasukan ini kerana masih belum ada keserasian antara sesama pemain terutamanya membabitkan pembelian 7 orang pemain bintang dengan pemain-pemain yang sedia ada.
Kedua, ada yang melihat prestasi terumbang ambing berpunca dari hilangnya sentuhan 'Pakar Tektikal' dari jurulatih Wan Jamak itu sendiri, ada yang menganggap segala perancangan Wan Jamak terlalu mudah untuk dihidu pasukan lawan.
Ketiga, ada juga yang melihat punca utama 'kejatuhan' pasukan Negeri Sembilan bermula dari kurang rasa harmoni dalam pasukan. Kehadiran penolong pengurus pasukan yang baru dilantik untuk musim 2011 dikatakan menjadi faktor utama.

Kronologi Perletakan Jawatan Pegawai PBNS

17.02.2011 - Selepas tewas dua kali berturut-turut Wan Jamak diberi amaran akan digantung sekiranya kalah lagi. Utusan Malaysia.
01.03.2011 - Dato' Ibrahim dikhabarkan tidak lagi menjawat jawatan Setiausaha Kerja PBNS. Hari yang sama berlangsung pertemuan menentang Kelantan, Negeri Sembilan tewas 0-3 di Kota Bharu.
04.03.2011 - Selepas kekalahan di Kota Bharu pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain. Hari ini juga merupakan pertemuan pusingan kedua Piala FA. Negeri Sembilan tumbang! Gagal pertahan juara. Menurut Berita Harian, surat amaran pertama dikeluarkan kepada Wan Jamak dan pemain.
12.03.2011 - Selepas gagal dalam saingan Piala FA komen-komen di Facebook lebih panas! Cadangan untuk berdemo mula kedengaran sebagai mengikut jejak penyokong di sebuah negeri di utara semenanjung yang turut kecundang dalam saingan Piala FA. Empat hari sebelum pertemuan menentang Selangor, penolong pengurus dikhabarkan telah meletak jawatan tetapi ditawarkan menduduki kerusi yang ditinggalkan Dato' Ibrahim.
17.03.2011 - Akhbar-akhbar berbahasa melayu mengeluarkan kenyataan Presiden PBNS untuk membubarkan pasukan Negeri Sembilan, menyalahkan pemain yang bergaji mahal, salahkan pemain kurang latihan. Utusan Malaysia, Berita Harian.
9.00 pagi - Terima SMS yang memaklumkan Wan Jamak telah hantar surat letak jawatan.
10.00 pagi - Sumber yang boleh dipercayai mengesahkannya tetapi meminta biarlah disahkan sendiri oleh Presiden PBNS.
4.00 petang - Berita perletakan jawatan diumumkan dalam radio NegeriFM.
18.03.2011 - Wan Jamak akui tekanan pihak tertentu menjadi punca. Bernama.

No comments: