Tuesday, July 15, 2008

FAM 'buta kayu'

Laporan akhbar hari ini memetik pasukan N9 dipotong 3 mata selepas didakwa menurunkan pemain bawah 21 tahun ketika pertemuan di Shah Alam hujung bulan lalu.

Setelah diselidiki FAM sebenarnya tersilap tulis dalam mengeluarkan fatwanya kerana apa yang ditulis dalam peraturan ini hanya memberitahu setiap pasukan WAJIB menurunkan pemain bawah 21 tahun bermain sepanjang 90 minit. Kenyataan ini jelas tidak menyatakan pemain tersebut adalah pemain tempatan ataupun pemain import. Ahhh FAM memang 'buta kayu', Che Mat Jusoh 'sengaja' nak bantu Ganu layak ke suku akhir Piala Malaysia!

Thursday, July 03, 2008

Berkongsi Kenderaan ke Stadium

Sesuatu yang perlu dijadikan amalan tatkala kos harga minyak yang agak tinggi. Dahulu amalan berkongsi kenderaan sering dipandang sepi malah kempen 'Berkongsi Kenderaan ke Pejabat' yang pernah diwar-warkan satu masa dahulu pun hanya tinggal slogan yang mana tujuannya menangani kesesakan lalulintas.
Berdasarkan situasi semasa ini wajarlah kempen ini dihidupkan semula. Berkongsi kenderaan ke stadium telah lama dipraktikan. Dahulu masa tinggal di Kuala Lumpur untuk menonton bola di Paroi kami akan berkumpul di sebuah stesen minyak berhampiran tol Sungai Besi dan seterusnya berkongsi kenderaan. Jimat tol dan jimat minyak (tambahan pula naik kenderaan yang menggunakan NGV).
Kini waghieh-waghieh perlu lebihkan connection untuk kita sama-sama berkongsi kenderaan ke stadium. Sama-sama kita amalkan.

Wednesday, June 04, 2008

Anda Bukan Penyokong "Togar"!


Pernah terlintas untuk manunjukkan kecintaan pada pasukan Negeri Sembilan dengan memakai pakaian sebegini? Mungkin anda belum lagi layak digelar penyokong "togar". Selalunya kita akan dapat melihat peminat sebegini hanya pada perlawanan peringkat negara seperti Piala Merdeka, Piala Thomas atau sebagainya yang selalu memakai baju bendera Malaysia tapi bukan bendera negeri.

Tuesday, May 27, 2008

Jadual Perlawanan Persahabatan Skuad Rusa

Jadual perlawanan pemanas badan skuad Rusa

22 Mei (Paroi) - Perlis (menang 2-1)
24 Mei (Paroi) - Johor FC (kalah 0-2)
27 Mei (Paroi) - PDRM
31 Mei - UPB-MyTeam

Tuesday, November 15, 2005

Mental Jang perlu kuat

JURULATIH Negeri Sembilan, K Devan, mahu anak buahnya memberi fokus utama terhadap cabaran yang bakal dihadapi dalam Liga Super menjelang sepak mula pada 3 Disember depan.

Menurutnya, pemain seharusnya sudah dapat membuat penilaian sendiri mengenai cabaran yang bakal dihadapi kelak yang dijangka lebih hebat berbanding musim lalu apabila berada dalam kelompok Liga Perdana.

“Saya sudah mengingatkan mereka bahawa skuad Negeri Sembilan perlu memberi fokus utama terhadap cabaran yang akan kita hadapi kerana kita bakal berdepan dengan pasukan handal yang mempunyai reputasi tersendiri.

“Pemain harus memperkukuhkan kekuatan mental masing-masing sebelum aksi sulung bertemu Pahang 3 Disember ini dan saya amat mengharapkan Negeri Sembilan mencapai kemenangan,” katanya selepas perlawanan persahabatan dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di Paroi, malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Negeri Sembilan menewaskan Plus, 2-0.

Devan mahu setiap pemain yang diturunkan sepanjang perlawanan nanti sentiasa mampu memberikan sumbangan berkesan kerana ia bakal memberikan imej kepada pasukan secara keseluruhannya.

Jurulatih itu yang berjaya membawa Negeri Sembilan muncul Naib Juara Liga Perdana musim lalu itu mahu skuad Hoben Jang Hoben kali ini dapat mempamerkan perwatakan tersendiri sebagai pasukan yang sudah mencapai tahap lebih baik berbanding musim lalu.

“Inilah yang sedang kita usahakan untuk memastikan semua pemain sedar tentang tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka,” katanya.

Katanya, walaupun persiapan pasukan belum mencapai 100 peratus, namun pada asasnya sudah bersedia untuk berdepan cabaran, malah beliau gembira dengan kemampuan yang ditunjukkan gandingan Mohd Nizaruddin Yusof dengan Christian Bekamenga Bekamengo di barisan depan.

“Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan, kedua-dua pemain itu sudah mula menunjukkan keserasian dan persembahan membanggakan.

“Saya yakin kemantapan yang dimiliki pasukan kali ini akan memberikan hasil membanggakan sepanjang saingan Liga Super nanti,” katanya. Harian Metro

Monday, October 31, 2005

Skuad Liga Super 2005/2006

Penjaga Gol
Azizon Kadir
Afendi Kamsah

Pertahanan
Khairul Anuar Baharom
Khidir Md Dom
Chin Hong Aik
Sivanathan
Yosri Dermaraju
Rahman Zabul
Shahrizam Mohamad
Bakhtiar Othman

Tengah
Anuar Jusoh
Rezal Zambri Yahya
Idris Karim
Sathian
Ghazali Abdul Rashid

Penyerang
Nizarudin Yusof
Che Hishamudin Che Hasan
Christian Bekamenga Aymard

* Mohd Hafiz Mohd Amin
* Thanaraj