Thursday, March 17, 2011
Kronologi Perletakan Jawatan Pegawai-Pegawai PBNS
29.01.2011 bertemu Harimau Muda A menang 1-0
01.02.2011 bertemu T-Team menang 3-1
12.02.2011 bertemu Perak kalah 2-0
15.02.2011 bertemu Felda United kalah 1-0
26.02.2011 bertemu Sabah menang 1-0
01.03.2011 bertemu Kelantan kalah 3-0
04.03.2011 bertemu Kuala Lumpur kalah penalti (Piala FA)
12.03.2011 bertemu Selangor kalah 1-2
Keseluruhan Menang 3 kali dan Kalah 5 kali
Kekalahan demi kekalahan yang ditanggung Negeri Sembilan akhirnya mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak.
Pertama, ada yang melihat punca prestasi merudum pasukan ini kerana masih belum ada keserasian antara sesama pemain terutamanya membabitkan pembelian 7 orang pemain bintang dengan pemain-pemain yang sedia ada.
Kedua, ada yang melihat prestasi terumbang ambing berpunca dari hilangnya sentuhan 'Pakar Tektikal' dari jurulatih Wan Jamak itu sendiri, ada yang menganggap segala perancangan Wan Jamak terlalu mudah untuk dihidu pasukan lawan.
Ketiga, ada juga yang melihat punca utama 'kejatuhan' pasukan Negeri Sembilan bermula dari kurang rasa harmoni dalam pasukan. Kehadiran penolong pengurus pasukan yang baru dilantik untuk musim 2011 dikatakan menjadi faktor utama.
Kronologi Perletakan Jawatan Pegawai PBNS
17.02.2011 - Selepas tewas dua kali berturut-turut Wan Jamak diberi amaran akan digantung sekiranya kalah lagi. Utusan Malaysia.
01.03.2011 - Dato' Ibrahim dikhabarkan tidak lagi menjawat jawatan Setiausaha Kerja PBNS. Hari yang sama berlangsung pertemuan menentang Kelantan, Negeri Sembilan tewas 0-3 di Kota Bharu.
04.03.2011 - Selepas kekalahan di Kota Bharu pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain. Hari ini juga merupakan pertemuan pusingan kedua Piala FA. Negeri Sembilan tumbang! Gagal pertahan juara. Menurut Berita Harian, surat amaran pertama dikeluarkan kepada Wan Jamak dan pemain.
12.03.2011 - Selepas gagal dalam saingan Piala FA komen-komen di Facebook lebih panas! Cadangan untuk berdemo mula kedengaran sebagai mengikut jejak penyokong di sebuah negeri di utara semenanjung yang turut kecundang dalam saingan Piala FA. Empat hari sebelum pertemuan menentang Selangor, penolong pengurus dikhabarkan telah meletak jawatan tetapi ditawarkan menduduki kerusi yang ditinggalkan Dato' Ibrahim.
17.03.2011 - Akhbar-akhbar berbahasa melayu mengeluarkan kenyataan Presiden PBNS untuk membubarkan pasukan Negeri Sembilan, menyalahkan pemain yang bergaji mahal, salahkan pemain kurang latihan. Utusan Malaysia, Berita Harian.
9.00 pagi - Terima SMS yang memaklumkan Wan Jamak telah hantar surat letak jawatan.
10.00 pagi - Sumber yang boleh dipercayai mengesahkannya tetapi meminta biarlah disahkan sendiri oleh Presiden PBNS.
4.00 petang - Berita perletakan jawatan diumumkan dalam radio NegeriFM.
18.03.2011 - Wan Jamak akui tekanan pihak tertentu menjadi punca. Bernama.
Sunday, August 08, 2010
Piala Malaysia 2010
KUMPULAN A
- Kelantan
- Negeri Sembilan
- KL Plus
- Selangor PKNS
KUMPULAN B
- Terengganu
- Pahang
- Kuala Lumpur
- Sabah
KUMPULAN C
- Johor FC
- Kedah
- Perak
- ATM
KUMPULAN D
- Selangor
- T-Team
- Perlis
- Felda United
PERINGKAT KUMPULAN:
PUSINGAN 1: 14 Sept. 17 Sept. 20 Sept. 2010
PUSINGAN 2: 3 Okt. 6 Okt. 9 Okt. 2010
SEPARUH AKHIR:
20 Okt dan 23 Okt. 2010
FINAL:
30 Okt. 2010
Tuesday, February 23, 2010
Tahniah dari JangBola
Tahniah kepada coach Wan Jamak kerana hasil sentuhan beliau berjaya menamatkan penantian 61 tahun penyokong bolasepak Negeri Sembilan. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi!
Friday, August 28, 2009
Pemain Pinjaman : Keputusan Bijak @ Terdesak?
N9 telah mewar-warkan bahawa bekas pemain Terengganu dan Pahang, Hairuddin Omar (HO) sebagai pemain pinjaman untuk aksi Piala Malaysia yang bakal berlangsung selepas Aidilfitri nanti. Sememangnya posisi serangan N9 antara yang paling bermasalah sepanjang liga berlangsung buktinya pemain-pemain muda yang diketengahkan WJ masih gagal meyakinkan peminat N9. Tanyalah pada sesiapa yang mengikuti aksi N9 dalam LS siapa pemain muda yang boleh diharapkan untuk membantu Zakuan? Asyraf, Firdaus, Afify, Faiz mahupn Ravi? Jawapannya pasti bukan jawapan yang meyakinkan, mungkin sekadar menyedapkan perasaan.Berbalik kepada HO, rasional PBNS memilih HO ada kebenarannya. Mengikut penganalisis kedai kopi membayangkan hanya HO dan Haris Safwan penyerang berpengalaman yang pasukannya tidak tersenarai layak bermain PM.
Namun yang menimbulkan kerisauan mampukan HO dan Zakuan membentuk gandingan serasi. Andai HO dan Zakuan bergandingan, siapa pula yang bakal menjadi mangsa untuk memanaskan bangku simpanan?
Wednesday, August 19, 2009
Jadual Piala Malaysia 2009
Kumpulan A
Perlis
PLUS FC
Pahang
Melaka
Kumpulan B
Terengganu
Negri Sembilan
Johor
Sarawak
Kumpulan C
Johor FC
Perak
MyTeam
Kuala Lumpur
Kumpulan D
Selangor
Kuala Muda NAZA
PDRM
Sabah
Kumpulan E
Kedah
Kelantan
Pulau Pinang
ATM
Sekali pandang nampak macam seimbang untuk setiap kumpulan tetapi bila memikirkan tentang prestasi yo-yo pasukan N9 nampak seakan sukar terutamanya pertemuan dengan pasukan Terengganu. Pasukan N9 yang juga 'terkenal' dengan tradisi permainan hampas bila bertemu pasukan yang dianggap lemah. Adakah Johor dan Sarawak, dua pasukan Liga Perdana ini akan mengejutkan pasukan N9? Sama-sama kita nantikan.
Jadual perlawanan PM 2009 pusingan pertama N9
26/09 /2009
Johor vs N9
Sarawak vs Terengganu
29/09/2009
N9 vs Sarawak
Terengganu vs Johor
03/10/2009
Terengganu vs N9
Sarawak vs Johor
* Bertanda bold adalah pasukan home
* Maklumat adalah dari sumber tidak rasmi
Friday, July 24, 2009
Iklan Promo Bolasepak Negeri Sembilan
Tahun berikutnya, masa zaman Hateem dan sekarang zaman Wan Jamak promo ini sudah tiada lagi. Bukankah ini juga sebahagian dari usaha menarik penyokong ke stadium. Mana peranan kelab penyokong rasmi? Apa lagi usaha PBNS? Bila gate collection kurang disalahkan penyokong lebih berminat dengan liga antarabangsa sedangkan apakah usaha mereke "menjual" pasukan Negeri Sembilan? Berapa daerah yang telah dijelajah? bersambung...
Monday, July 20, 2009
Malaysia vs MU : Menang itu Keajaiban
Lantas itu harapan setinggi gunung diletakkan agar Malaysia sekali lagi memberi tentangan dalam perlawanan kedua. Nyata impian Malaysia kosong belaka, MU mudah menjinakkan skuad negara 2-0 hasil jaringan Macheda dan Owen dalam masa 3 minit. JangBola yang mengikuti secara live streaming jelas kemenangan untuk Malaysia adalah satu keajaiban. Bayangkan berapa kali penjaga gol MU menangkap bola dan berapa kali penyerang Malaysia yang diketuai Amri, Safee, Zakuan dan rakan-rakan masuk ke kotak penalti MU.
Ayuh saksikanlah kerapuhan benteng Malaysia!
Monday, July 13, 2009
Lalang
Di saat ini JangBola masih lagi mencari erti sebenar Penyokong Tegar. Terdapat banyak definisi dan tafsiran. Terpulang pada individu memberi maksud sebenar. Pun begitu, seperti mana lawan kepada Penyokong Tegar, Penyokong Lalang tidak kurang juga mempunyai pelbagai tafsiran. Sama-samalah kita tepuk dada tanya dimana pilihan kita tegar @ lalang?
Wednesday, July 08, 2009
Menang tapi...
JangBola sempat menyaksikan perlawanan N9 bertemu MyTeam yang berkesudahan N9 berpesta jaringan 6 gol berbalas 2 gol. Kemenangan yang sedikit sebanyak mengubat kedukaan peminat yang menanti kemenangan sejak dari 6 perlawanan terdahulu.JangBola turut bergembira namun jauh disudut hati JangBola dapat rasakan kemenangan ini tidak menceriakan perasaan. Kecewa dengan kemenangan! Kecewa dengan prestasi yo-yo pemain. Bayangkan berpesta dengan 6 jaringan pada separuh masa pertama tetapi buntu dengan jaringan pada separuh masa berikutnya. Bukan hanya buntu tetapi aksi pemain juga kurang bertenaga walaupun lawan hanya bermain dengan 10 pemain. Apakah yang boleh JangBola rumuskan tentang prestasi pemain? Yo-yo? Cepat puashati? atau apa sebenarnya?
JangBola yakin semua yang hadir menyaksikan perlawanan ini turut merasakan apa yang JangBola rasakan. Kemenangan ini sekadar untuk merasakan kegembiraan tapi bukan untuk dibanggakan.
JangBola Benci Rasuah
Saturday, July 04, 2009
Jangan Main Wayang
Harapan JangBola agar isu Main Wayang ini hanyalah telahan mereka yang kecewa dengan prestasi pasukan N9 semata-mata. Namun, seandainya terbukti mereka Main Wayang, PBNS wajib mengambil tindakan tegas dengan segera. Jangan biarkan bolasepak N9 dibelenggu rasuah bolasepak. Jangan biarkan peminat N9 pula masuk ke padang!Wednesday, July 01, 2009
Angkara Pengadil @ Jual Perlawanan?
- 16 Jun tewas 1-3 kepada Kedah di Alor Setar
- 20 Jun seri 1-1 dengan Selangor di Paroi
- 23 Jun tewas 0-2 kepada Perak di Ipoh
- 27 Jun tewas 0-3 kepada Johor FC di Pasir Gudang
- 30 Jun tewas 0-4 kepada Perlis 0-4 di Paroi
Marilah kita sama-sama membongkar rahsia sebenar kemerosotan N9, kalau benar ada unsur rasuah dalam pasukan. Ayuh PBNS! Jangan kamu sekadar melepaskan batuk di tangga dengan hanya memberi amaran lisan. Dakwa mereka! Jangan beri muka tidak kiralah pemain tersebut bertaraf bintang atau tidak. Salah tetap salah, rasuah adalah musuh utama negara! Jangan biar bolasepak N9 hancur dengan kerenah mereka. Mereka adalah musuh negara.
Namun sekiranya kemerosotan N9 adalah faktor ketidakupayaan WJ merencana taktikal yang baik. Taktiknya mudah dibaca lawan, terlalu manjakan pemain bintang, kerap silap percaturan kesebelasan utama. Jawapannya mudah! Rehatkan sahaja WJ dari melatih N9, untuk PM nanti cubalah PBNS risik mana-mana coach lain yang boleh memberi ide-ide baru untuk transformasikan bolasepak N9.
Sunday, June 28, 2009
Dari Pasukan Pilihan Kepada Pasukan Belasahan
Berbaki lima perlawanan dari 26 siri perlawanan Liga Super 2009, JangBola dapat simpulkan peluang N9 untuk menggapai selaku juara LS kini tinggal angan-angan. Malah untuk menyamai rekod musim lepas selaku naib juara LS pun tampak mustahil.Segala-galanya berubah apabila liga berhenti rehat pada 23 May bagi memberi laluan kepada latihan dan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan. Nyata sekali rehat 3 minggu sedikit sebanyak menjejaskan klimaks pasukan N9. Bermula dari liga yang disambung semula 16 Jun lalu menyaksikan N9 tewas 1-3 kepada pasukan Kedah, kemudian mengikat Selangor 1-1 di Paroi. Tewas mengejut kepada pasukan muda Perak 0-2 dan yang terbaru ditumpaskan pasukan Johor FC 0-3 di Pasir Gudang. Lima perlawanan terakhir N9 ialah bertemu Perlis, KL Plus, UPB Myteam, KM Naza dan Terengganu.
Adakah rehat 3 minggu benar-benar menggangu prestasi N9?
JangBola cuba mencari jawapan dari persoalan yang berlegar-legar di ruang kepala. Ketika pasukan lain menggunakan kesempatan rehat mempertajamkan serangan dan memperkemaskan setiap posisi. N9 juga membuat perkara yang sama malah N9 menggunakan kesempatan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Pulau Pinang.
Cuma dari apa yang JangBola perhatikan taktikal WJ sudah dapat dianalisis setiap pasukan lawan, WJ seakan tidak mampu mencari formula baru dalam memvariasikan perlawanan. Benteng kebal yang dicanang juga sudah runtuh, flanker pantas yang menjadi senjata utama juga sudah tiada, gandingan midfield yang paling serasi juga seakan tiada nadi.
Pemain muda yang diserap masuk juga tiada semangat juang tinggi dan paling dikesalkan pemain muda mudah merajuk. Ditegur penyokong dikatakan penyokong mengutuk, tak pandai menilai seperti mana WJ menilai, tiada sifat patriotisma, puji ketika menang dan keji ketika kalah.
Ini cuma pandangan peribadi JangBola yang kerdil dalam memahami selok belok permainan bolasepak. Tetapi jauh disudut hati kecil JangBola, JangBola harapkan barah rasuah tidak kembali menular dalam Liga Malaysia.
Friday, June 19, 2009
Lawan Yang Di Cemburui
Tahun tak bertemu: 1993, 2003, 2004
Jumlah perlawanan: 43 kali
Negeri Sembilan menang: 15 kali
Selangor menang: 19 kali
Seri: 7 kali
Jang mulakan tulisan kali ini dengan memaparkan fakta pertemuan antara Negeri Sembilan menentang Selangor sejak tahun 1991. Kalau ikutkan rekod, tak lah beza sangat, kerana tahun kebangkitan N9 adalah sejak tahun 1991. Sebelum tahun tu Jang rasa rekod lebih memihak kepada Selangor.
Apa Jang nak sampaikan disini, Jang rasa apabila N9 akan bertemu dengan Selangor semangat rasa lain macam. Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi akan lebih ramai daripada biasa. Sentimen nak menang akan lebih tinggi dalam jiwa penyokong. Rasa puas apabila dapat menang dengan pasukan Selangor ni. Sampaikan ada yang cakap, tak dapat piala pun tak mengapa, janji dapat kalahkan Selangor.
Jang buat kesimpulan, memanglah pasukan Selangor ini sentiasa dicemburui oleh kerana dominasi pasukan ini terhadap kejuaraan bolasepak di negara kita. Selain itu faktor pengikut mereka yang ramai pun dicemburui juga. Oleh itu Jang berpendapat N9 seharusnya mencontohi "musuh yang dicemburui" ini untuk N9 pula disegani di Malaysia selepas ini.
Oleh itu jangan lupa pada 20 Jun 2009 jam 8.45 malam sama sama kita penuhkan STAR sempena perlawanan pusingan kedua Liga Super 2009 antara N9 lawan Selangor. Ayuh penuhkan stadium kita.
Sunday, May 03, 2009
Misi Balas Dendam Tercapai
Dari empat kali pertemuan, N9 menang 3 daripadanya! Syabas buat pemain-pemain N9.
Sunday, April 19, 2009
Jang Kandas!
Wednesday, April 15, 2009
Ini Bukan Budaya Kita
Sunday, April 05, 2009
Thursday, March 05, 2009
Football : Harris willing to help FAM
FORMER national coach Allan Harris is willing to help the FA of Malaysia and no, he isn't expecting a big, fat salary.
Harris, who handled the various national teams in 2000-2004, has been following Malaysian football's recent developments and just wants to give something back.
"Football has been good to me and I just want to give something back to the game. Why not in Malaysia?" said Harris, who contacted Timesport from London yesterday.
"I believe we can sit down and work things out. I am not looking at earning a big salary. FAM has been very good to me and the fans are also very supportive, so why not?
"But FAM can't be looking at short term success as there must, at least, be a five-year plan. All parties must also come together if Malaysian football is to succeed."
Harris, a former Chelsea player, was in charge of the national Under-23 team that won the 2001 Sea Games silver in Kuala Lumpur and guided the senior team to the 2003 Tiger Cup (now Asean Championship) semi-finals after wins over Thailand and Singapore.
His pedigree as a coach is unquestionable but is FAM willing to give him a second chance?
JangBola : Any Comment?
Sunday, March 01, 2009
Zakuan akhiri badi gol
28.02.2009 - Alhamdulillah, bersyukur JangBola apabila Zakuan telah menemui kembali sentuhan penyudahnya setelah kemarau jaringan sejak 6 perlawanan yang lalu. Sebagai peminat fanatik pasukan si rusa, JangBola pun turut risau dengan prestasi Zakuan atau turut dikenali sebagai Dik Wan. Pada perlawanan semalam iaitu pertemuan Negeri Sembilan menentang PDRM, Zakuan membuktikan dia masih mempunyai kualiti tersendiri sebagai penyerang dengan menghasilkan dua jaringan. Pada perlawanan semalam Negeri Sembilan membelasah PDRM 4-1.Sebelum perlawanan semalam JangBola perasan Zakuan amat terdesak untuk membuktikan sentuhannya. Kali terakhir jaringan Zakuan untuk Liga Super ialah pada 06.01.2009 ketika pertemuan dengan Kedah. Ada dua kali JangBola terbaca dalam Harian Metro, Wan Jamak menegur prestasi Zakuan yang buntu dalam menjaringkan gol. Selain itu, JangBola perhatikan juga kritikan terhadap Zakuan yang agak panas dalam satu ruangan forum penyokong bolasepak. Sebagai pemain profesional JangBola mengharapkan Zakuan terus improve dan membuktikan dia masih berbisa.
Sebagai peminat, JangBola juga berharap Zakuan tidak menoleh ke belakang selepas ini. Jadikan 2 gol yang diperolehi semasa pertemuan dengan PDRM ini sebagai inspirasi untuk Zakuan menghasilkan lebih banyak gol selepas ini.
Kronologi Gol Zakuan musim 2009
03.01.2009 - Gol pertama dan kedua Zakuan musim ini dijaringkan pada perlawanan pertama Liga Super ketika Negeri Sembilan bertandang ke Pulau Pinang yang berkesudahan Negeri Sembilan menang 3-0, dua gol daripadanya adalah jaringan Zakuan.
Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, Mohd. Zaquan Adha Razak membuka jaringan buat pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 diikuti gol kedua lima minit kemudian sebelum Idris Karim menyumbang gol ketiga (m-62).
06.01.2009 - Gol ketiga peribadi Zakuan dijaringkan pada perlawanan ketiga Liga Super yang mana menyaksikan Negeri Sembilan menumbangkan juara treble musim lalu Kedah tiga gol tanpa balas.
Kemenangan menerusi jaringan sumbangan Shukor Adan (m-33), Zaquan Adha Razak (m-39) dan K. Thanaraj (m-59) itu membolehkan Negeri Sembilan mengekori rapat Selangor.
03.02.2009 - Perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA yang menyaksikan Negeri Sembilan menang dengan agregat 2-1. Gol pertama perlawanan ini dijaringkan Zakuan melalui sepakan penalti.
28.02.2009 - Malam derita PDRM, apabila dibelasah Negeri Sembilan 4-1. Dua daripadanya hasil jaringan Zakuan. Gol peribadi keempat dan kelima Zakuan.
Wednesday, February 18, 2009
Tok Mat dongala suara hati penyokong togar ni...
Dua pertemuan terakhir Liga Super berakhir tanpa kemenangan
Ungkapan itu seolah-olah sudah sinonim setiap kali Negeri Sembilan kalah atau seri dalam perlawanan Liga Super atau Piala FA sejak musim yang lalu lagi. Malah ‘penyakit’ yang sama sudah mula menyusup, Cuma diharapkan jangan sampai menjadi kudis yang lambat-launnya menjadi barah pula.
Kita memiliki barisan yang agak mantap di setiap posisi
Benteng akhir hanya melepaskan lima gol, 3 ketika kalah dengan Selangor, 1 ketika menang dengan Melaka dan 1 juga ketika kalah dengan Perlis. Semangat Ching yang sentiasa ‘remaja’ dan komitmennya yang 150% ketika mengemudi pertahanan patut dicemburui. Persembahan Aidil juga sangat bertenaga walaupun diselubungi dengan masalah peribadi. Syamsul pula tecedera dan memerlukan rehat yang panjang ketika prestasinya sedang memuncak. Affendi semakin meyakinkan dan matang, Rahman pula sangat kental dan sesekali membantu barisan tengah.
Bahagian tengah ditunjangi pemain berpengalaman seperti Syukor, Idris dan Rezal ditambah dengan kelincahan Kuna dah Shahurain yang terbukti kental dan lincah melakukan asakan. Cuma yang merisaukan, kita masih menagih ketajaman barisan serangan untuk membuat penyudah yang menghasilkan jaringan.
Zaquan, Firdaus, Ashraf, Ravi yang menjadi sandaran utama di bahagian ini kerap mencemaskan lawan setiap kali membuat percubaan. Kerap kali juga lawan menarik nafas lega apabila percubaan-percubaan itu tidak menemui sasaran akibat kegopohan, hilang punca, lemah atau mudah diselamatkan. Corak larian, kaedah Zaquan mengelecek seolah-olah sudah dapat dibaca dan dipintas pihak lawan. Zaquan sebagai penyerang utama juga harus bertindak sebagai pengumpan yang berkesan. Sayangnya Firdaus yang sudah mula menjadi ‘permata’ baru, senasib Syamsul, mengalami kecederaan tetapi tidak membimbangkan.
Zaquan tidak harus dipersalahkan sepenuhnya memandangkan banyak juga pemain yang lain mempunyai peluang tetapi tidak menjaringkan. Cuma apa yg dilihat, seolah-olah terdapat masalah peribadi yang di bawa ke padang. Dalam soal ini belajarlah dari Aidil cara mengatasi, kerana dilihat dari mata kasar Aidil semakin matang dan berperanan.
Perbanyakan latihan sepakan percuma. Amat merugikan jika gol yang boleh dihasilkan melalui sepakan itu kerap dihantar ke langit. Rezal, Aidil, Syukor, Shahurain boleh melakukan itu, tetapi seolah-olah ada sindrom, sering juga mengecewakan.
Ternyata pemain bukan sahaja melawan kesebelasan musuh, tetapi juga emosi sendiri. Di sini pihak pegurusan harus bertindak segera memotivasikan pemain dari segenap sudut, kerana mereka pemain yang terbaik dan berkemampuan pergi lebih jauh.
Kepada jurulatih, pertukaran pemain yang ternyata gagal menyerlah hendaklah dilakukan seawal kelemahan dapat dikesan. Sepuluh minit terakhir belum cukup berkesan mengubah rentak permainan. Mungkin pemain tersebut bertaraf ‘bintang’ atau tulang belakang pasukan, tetapi penilaian harus juga dibuat sejauh mana sumbangannya ketika di dalam padang. Jangan takut membuat keputusan, kerana penyokong juga punya peranan.
Tahniah kepada Wan Jamak kerana berjaya mengenengahkan ramai pemain muda anak tempatan, dan tahniah yang tidak terhingga kerana memperkenalkan Kunalan di pentas Liga Malaysia.
Tetapi kita semua harus berpijak di bumi nyata, kemenangan hanya dipastikan dari lebihan jaringan daripada pihak lawan.
Tiada nilainya MENGUASAI, TETAPI TIDAK MENGATASI.
Teruskan berjuang..
SOKONGAN TEGAR, TANPA BERBELAH BAGI.!!!!!!!!!!!






