Sunday, August 08, 2010

Piala Malaysia 2010

Berjumpa lagi...

KUMPULAN A

  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • KL Plus
  • Selangor PKNS

KUMPULAN B

  • Terengganu
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Sabah

KUMPULAN C

  • Johor FC
  • Kedah
  • Perak
  • ATM

KUMPULAN D

  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United
JangBola meramalkan Top 8 Liga Super akan mendominasi Suku Akhir Piala Malaysia pada 12 dan 16 Oktober. Tetapi tidak mengejutkan sekiranya pasukan-pasukan seperti KL PLUS, Perak, Perlis dan juara Liga Perdana Felda United mampu untuk turut layak lebih jauh kerana prestasi dalam liga tidak boleh diambil kira memandangkan Piala Malaysia mempunyai prestij dan nilai yang tersendiri.

PERINGKAT KUMPULAN:

PUSINGAN 1: 14 Sept. 17 Sept. 20 Sept. 2010
PUSINGAN 2: 3 Okt. 6 Okt. 9 Okt. 2010

SEPARUH AKHIR:
20 Okt dan 23 Okt. 2010

FINAL:
30 Okt. 2010

Tuesday, February 23, 2010

Tahniah dari JangBola

Rasanya masih tidak terlambat untuk JangBola ucapkan tahniah kepada wira-wira Piala Malaysia 2009. Kesibukan sepanjang kempen Piala Malaysia, pentas akhir, perarakan hingga kepada musim baru 2010, baru hari ini JangBola dapat mengupdate blog ini.

Tahniah kepada coach Wan Jamak kerana hasil sentuhan beliau berjaya menamatkan penantian 61 tahun penyokong bolasepak Negeri Sembilan. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi!

Friday, August 28, 2009

Pemain Pinjaman : Keputusan Bijak @ Terdesak?

N9 telah mewar-warkan bahawa bekas pemain Terengganu dan Pahang, Hairuddin Omar (HO) sebagai pemain pinjaman untuk aksi Piala Malaysia yang bakal berlangsung selepas Aidilfitri nanti. Sememangnya posisi serangan N9 antara yang paling bermasalah sepanjang liga berlangsung buktinya pemain-pemain muda yang diketengahkan WJ masih gagal meyakinkan peminat N9. Tanyalah pada sesiapa yang mengikuti aksi N9 dalam LS siapa pemain muda yang boleh diharapkan untuk membantu Zakuan? Asyraf, Firdaus, Afify, Faiz mahupn Ravi? Jawapannya pasti bukan jawapan yang meyakinkan, mungkin sekadar menyedapkan perasaan.

Berbalik kepada HO, rasional PBNS memilih HO ada kebenarannya. Mengikut penganalisis kedai kopi membayangkan hanya HO dan Haris Safwan penyerang berpengalaman yang pasukannya tidak tersenarai layak bermain PM.

Namun yang menimbulkan kerisauan mampukan HO dan Zakuan membentuk gandingan serasi. Andai HO dan Zakuan bergandingan, siapa pula yang bakal menjadi mangsa untuk memanaskan bangku simpanan?

Wednesday, August 19, 2009

Jadual Piala Malaysia 2009

Berikut ialah keputusan undian kumpulan PM 2009 :

Kumpulan A
Perlis
PLUS FC
Pahang
Melaka

Kumpulan B
Terengganu
Negri Sembilan
Johor
Sarawak

Kumpulan C
Johor FC
Perak
MyTeam
Kuala Lumpur

Kumpulan D
Selangor
Kuala Muda NAZA
PDRM
Sabah

Kumpulan E
Kedah
Kelantan
Pulau Pinang
ATM

Sekali pandang nampak macam seimbang untuk setiap kumpulan tetapi bila memikirkan tentang prestasi yo-yo pasukan N9 nampak seakan sukar terutamanya pertemuan dengan pasukan Terengganu. Pasukan N9 yang juga 'terkenal' dengan tradisi permainan hampas bila bertemu pasukan yang dianggap lemah. Adakah Johor dan Sarawak, dua pasukan Liga Perdana ini akan mengejutkan pasukan N9? Sama-sama kita nantikan.

Jadual perlawanan PM 2009 pusingan pertama N9

26/09 /2009
Johor vs N9
Sarawak vs Terengganu

29/09/2009
N9 vs Sarawak
Tereng
ganu vs Johor

03/10/2009
Terengga
nu vs N9
Sarawak vs Johor

* Bertanda bold adalah pasukan home
* Maklumat adalah dari sumber tidak rasmi

Friday, July 24, 2009

Iklan Promo Bolasepak Negeri Sembilan

JangBola baru sahaja memperolehi salinan promo ini. Promo ini dipasangkan pada billboard padang MPS. Sungguh kreatif, ada inisiatif tapi setakat musim itu sahaja (musim 05/06). Tahun berikutnya tiada lagi. Satu lagi projek hangat-hangat tahi ayam.



Tahun berikutnya, masa zaman Hateem dan sekarang zaman Wan Jamak promo ini sudah tiada lagi. Bukankah ini juga sebahagian dari usaha menarik penyokong ke stadium. Mana peranan kelab penyokong rasmi? Apa lagi usaha PBNS? Bila gate collection kurang disalahkan penyokong lebih berminat dengan liga antarabangsa sedangkan apakah usaha mereke "menjual" pasukan Negeri Sembilan? Berapa daerah yang telah dijelajah? bersambung...

Monday, July 20, 2009

Malaysia vs MU : Menang itu Keajaiban

Sengaja JangBola tidak posting apa-apa untuk perlawanan pertama Malaysia vs MU tempoh hari. Kekalahan tipis 2-3 seolah-olah membayangkan prestasi skuad negara sudah menampakkan sinar. Heboh diperkatakan media perdana kemampuan pasukan Malaysia mengikat kedudukan sebelum ayam tambatan baru MU Owen menjaringkan gol kemenangan.

Lantas itu harapan setinggi gunung diletakkan agar Malaysia sekali lagi memberi tentangan dalam perlawanan kedua. Nyata impian Malaysia kosong belaka, MU mudah menjinakkan skuad negara 2-0 hasil jaringan Macheda dan Owen dalam masa 3 minit. JangBola yang mengikuti secara live streaming jelas kemenangan untuk Malaysia adalah satu keajaiban. Bayangkan berapa kali penjaga gol MU menangkap bola dan berapa kali penyerang Malaysia yang diketuai Amri, Safee, Zakuan dan rakan-rakan masuk ke kotak penalti MU.

Ayuh saksikanlah kerapuhan benteng Malaysia!

Monday, July 13, 2009

Lalang

Di saat ini JangBola masih lagi mencari erti sebenar Penyokong Tegar. Terdapat banyak definisi dan tafsiran. Terpulang pada individu memberi maksud sebenar. Pun begitu, seperti mana lawan kepada Penyokong Tegar, Penyokong Lalang tidak kurang juga mempunyai pelbagai tafsiran. Sama-samalah kita tepuk dada tanya dimana pilihan kita tegar @ lalang?

Wednesday, July 08, 2009

Menang tapi...

JangBola sempat menyaksikan perlawanan N9 bertemu MyTeam yang berkesudahan N9 berpesta jaringan 6 gol berbalas 2 gol. Kemenangan yang sedikit sebanyak mengubat kedukaan peminat yang menanti kemenangan sejak dari 6 perlawanan terdahulu.

JangBola turut bergembira namun jauh disudut hati JangBola dapat rasakan kemenangan ini tidak menceriakan perasaan. Kecewa dengan kemenangan! Kecewa dengan prestasi yo-yo pemain. Bayangkan berpesta dengan 6 jaringan pada separuh masa pertama tetapi buntu dengan jaringan pada separuh masa berikutnya. Bukan hanya buntu tetapi aksi pemain juga kurang bertenaga walaupun lawan hanya bermain dengan 10 pemain. Apakah yang boleh JangBola rumuskan tentang prestasi pemain? Yo-yo? Cepat puashati? atau apa sebenarnya?

JangBola yakin semua yang hadir menyaksikan perlawanan ini turut merasakan apa yang JangBola rasakan. Kemenangan ini sekadar untuk merasakan kegembiraan tapi bukan untuk dibanggakan.

JangBola Benci Rasuah

Saturday, July 04, 2009

Jangan Main Wayang

Harapan JangBola agar isu Main Wayang ini hanyalah telahan mereka yang kecewa dengan prestasi pasukan N9 semata-mata. Namun, seandainya terbukti mereka Main Wayang, PBNS wajib mengambil tindakan tegas dengan segera. Jangan biarkan bolasepak N9 dibelenggu rasuah bolasepak. Jangan biarkan peminat N9 pula masuk ke padang!

Wednesday, July 01, 2009

Angkara Pengadil @ Jual Perlawanan?

Kekalahan 0-4 kepada pasukan Perlis amat memalukan! Bukan bermaksud JangBola tidak boleh menerima kekalahan tetapi seperti ada permainan kotor di sebalik kekalahan N9 malam tadi. Kekalahan pertama kali dalam Liga Super di tempat sendiri yang juga kekalahan ketiga berturut-turut. Berikut keputusan 5 perlawanan terakhir N9 selepas rehat 3 minggu :
  • 16 Jun tewas 1-3 kepada Kedah di Alor Setar
  • 20 Jun seri 1-1 dengan Selangor di Paroi
  • 23 Jun tewas 0-2 kepada Perak di Ipoh
  • 27 Jun tewas 0-3 kepada Johor FC di Pasir Gudang
  • 30 Jun tewas 0-4 kepada Perlis 0-4 di Paroi
Mutu pengadilan yang terlalu lemah? Unsur-unsur rasuah sudah mula membarah dalam pasukan? atau taktikal WJ sudah dikesan pasukan lawan?

Marilah kita sama-sama membongkar rahsia sebenar kemerosotan N9, kalau benar ada unsur rasuah dalam pasukan. Ayuh PBNS! Jangan kamu sekadar melepaskan batuk di tangga dengan hanya memberi amaran lisan. Dakwa mereka! Jangan beri muka tidak kiralah pemain tersebut bertaraf bintang atau tidak. Salah tetap salah, rasuah adalah musuh utama negara! Jangan biar bolasepak N9 hancur dengan kerenah mereka. Mereka adalah musuh negara.

Namun sekiranya kemerosotan N9 adalah faktor ketidakupayaan WJ merencana taktikal yang baik. Taktiknya mudah dibaca lawan, terlalu manjakan pemain bintang, kerap silap percaturan kesebelasan utama. Jawapannya mudah! Rehatkan sahaja WJ dari melatih N9, untuk PM nanti cubalah PBNS risik mana-mana coach lain yang boleh memberi ide-ide baru untuk transformasikan bolasepak N9.