Saturday, January 31, 2009

Cerita Bola Dulu-dulu

Salam, Jang kali ni nak citer pasal kenangan lama. Selak punya selak majalah lama-lama jumpa pulak majalah yang ada gambar ni. Kalau korang nak tahu, gambar tu gambar pasukan Negeri Sembilan pada tahun 1991. Hmm tahun 1991 adalah tahun kebangkitan pasukan bola N9. Kalau sebelum tahun ni pasukan N9 adalah pasukan belasahan yang memang lauk kalau nak dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain seperti Kuala Lumpur, Singapura, Pahang dan Kedah.

Pada tahun tu jugak, tahun terakhir pasukan N9 menggunakan Stadium Perbandaran Seremban (sekarang dah jadi shopping complex), sebelum Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi digunakan hingga sekarang. Tahun terakhir yang membawa kepada kejayaan menjuarai Liga Semi Pro Divisyen 2, seterusnya layak ke Divisyen 1 tahun 1992. Jang masih ingat lagi kalau setiap kali perlawanan melibatkan N9 pada masa tu, stadium sentiasa penuh dan bandar Seremban sesak setiap petang Ahad. Game pulak start pukul 4.45 petang dan tamat sekitar 6.30.

Antara bintang N9 pada masa tu ialah trio import yang terdiri daripada Bozik Bersaudara (Miroslav dan Robert) dan penyerang handalan Marian Valach. Pemain tempatan antaranya Richard Scully, Mansor Sulaiman dan Nazari Hussein.

Cuma apa yang Jang nak cakap kat sini, pada masa tu walaupun N9 mempunyi pemain import yang handal dan pemain tempatan yang mantap, N9 masih kempunan Piala Malaysia. Jang rasa daripada zaman bapak Jang dulu pun belum merasa lagi Piala Malaysia berada di bumi N9 ni. Paling akhir tahun 1948, hmm lama dah , dah 61 tahun pun. Harap-harap skuad tahun ni dapat menghilangkan kemarau berpanjangan tu. Aminnn

Monday, January 19, 2009

Angka 3 Angka Keramat!

JangBola perhatikan angka ini cukup keramat bagi musim 2009 ini. Dari empat perlawanan yang telah dilalui kesemuanya menghasilkan angka 3. Tiga daripadanya N9 menggondol 3 mata dengan kemenangan 3-0. Bermula dengan kemenangan 3-0 dengan pasukan Pulau Pinang di Std. Bandaraya diikuti kemenangan bergaya juga 3-0 keatas pasukan Treble Kedah dan pasukan Perak di Paroi. Tidak kurang juga kekalahan skuad rusa kepada pasukan Selangor di Shah Alam yang turut menghasilkan keputusan 0-3.

Perlawanan seterusnya ialah aksi pusingan pertama Piala FA mempertemukan skuad si rusa dengan jiran di selatan iaitu pasukan Melaka di Paroi pada 31 Januari ini. Buat sementara liga berhenti rehat bagi memberi laluan kepada pusingan kelayakan Piala Asia.

Thursday, December 04, 2008

Shukor Adan Pelengkap N9?

JangBola agak terkejut bila mana Shukor Adan mengikat kontrak dengan N9. Tanpa sebarang petunjuk (teka-teki mahupun khabar angin) Shukor terus diikat 3 tahun bagi melengkapkan kuota 25 pemain yang bakal bersaing merebut kesebelasan utama N9 musim 2009.

Sebelum ini Shukor dikaitkan dengan pasukan elit DPMM yang berpengkalan di Brunei. Tawarannya cukup lumayan cuma yang menjadi penghalang kepada Shukor ialah kontrak yang ditawarkan hanya untuk 8 bulan sahaja.

Shukor Adan bukanlah asing bagi JangBola mahupun peminat-peminat N9 yang lain. Shukor antara tonggak kejayaan N9 yang merangkul kejuaraan Piala Presiden untuk 2 tahun berturut-turut (1999 dan 2000) dibawah kendalian coach K. Devan. Pada tahun 2000, Shukor juga mewakili N9 hingga ke final Piala Malaysia sebelum tumpas kepada pasukan Perak.

Selepas meninggalkan N9, Shukor Adan setia dengan Selangor sejak 2001-2008 sebelum disingkirkan baru-baru ini. Walaupun antara senior dalam skuad kebangsaan, Shukor harus ingat tidak ada jalan mudah untuk dia mendapat kedudukan selesa dalam pasukan N9. Dia harus bekerja keras dan menunjukkan kredabiliti bahawa dia sememangnya diperlukan N9 dan bukan pelengkap pemain di padang.

Wednesday, November 05, 2008

Barisan Kemungkinan N9 Musim 2009

Negeri Sembilan 2009
Pengurus : Datuk Abdul Halim Abdul Latif
Penolong Pengurus :
Ketua Jurulatih : Wan Jamak Wan Hassan
Penolong Jurulatih : Ahmad Osman
Jurulatih Penjaga Gol : Azhar Dol

Posisi : Penjaga Gol
1. Mohd Farizal Harun
2. Sani Anuar Kamsani

Posisi : Pertahanan
3. Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
4. P. Kesavan
5. Mohd Affandy Adimel
6. Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad
7. Mohd Rahman Zabul
8. Ching Hong Aik
9. Mohd Hafifi Husli

Posisi : Tengah
10. Rezal Zambery Yahya
11. Shahurain Abu Samah
12. Mohd Syamsol Sabtu
13. S. Kunalan
14. Shukor Adan
15. Idris Abdul Karim
16. I. Arulchelvan
17. Abdul Halim Zainal
18. Mohd Ariff Ismail

Posisi : Penyerang
19. K. Thanaraj
20. K. Ravindran
21. Mohd Syukri Ismail
22. Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
23. Mohd Faiz Mohd Isa
24. Mohd Shaffik Abdul Rahman

25. Resereve (3rd Keeper)

Monday, October 27, 2008

Piala Emas Raja-Raja

JangBola berkesempatan menghadiri sesi pemilihan skuad ini. Dari apa yang difahami N9 tidak akan menghantar pemain-pemain dari skuad utama Liga Super sebaliknya hanya pemain-pemain bertaraf amatur yang bermain mewakili jabatan-jabatan kerajaan seperti MPS, MPN, Jabatan Kesihatan, Bomba dang sebagainya menggalas tanggungjawab mewakili skuad ini. Hanya satu dua bekas-bekas pemain utama negeri seperti penjaga gol Mohd. Yazid Yasin yang diselitkan.

Tuesday, October 21, 2008

Jadual Perlawanan Persahabatan N9 Pra-Musim

Berikut jadual perlawanan persahabatan N9 membabitkan bulan Oktober dan November.

22/10 - lawan Kolej Legenda
24/10 - lawan Malaysia bawah-19
25/10 - lawan Malinja FC (batal) Skuad Presiden lawan Skuad Piala Emas Raja-Raja
* Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4.45 petang

08/11 - lawan Johor - Batal
11/11 - lawan Kuala Lumpur
13/11 - lawan T-Team - 4.45 ptg - update!
22/11 - lawan Johor FC
25/11 - lawan PKNS (away)
29/11 - lawan Kelantan - update!
* status bagi perlawanan Johor FC dan PKNS belum diketahui
* Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8.45 malam

Sebarang perubahan tertakluk kepada PBNS. Harap maklum.

Wednesday, October 15, 2008

Ayuh Negeri Sembilan!!

Waktu ini jika dilihat di ruang sukan setiap akhbar utama, urusan perpindahan pemain Liga Malaysia, dari sebuah pasukan ke sebuah pasukan lain cukup hebat berlangsung. Pasukan Selangor, Kelantan, KL Plus, Kedah serta Perlis merupakan antara pasukan cukup rancak merencana hala tuju pasukan masing-masing dengan membawa masuk beberapa pemain baru. Situasi ini jelas menggusarkan tatkala melihat perkembangan pasukan Negeri Sembilan.
Dilaporkan, pasukan Negeri Sembilan tidak berminat untuk membawa atau memancing pemain luar. Cukup hanya dengan pemain yang sedia ada serta hanya diperkuatkan lagi dengan pemain-pemain muda yang diangkat dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia Negeri Sembilan musim lepas.
Membimbangkan para peminat, adakah keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) ini merupakan suatu tindakan yang tepat, terutamanya tentang hal pemain muda ini untuk menggalas tanggungjawab yang akan diberi. Mengikut perkiraaan, adakah mampu pemain uda ini memikul tugas yang ditinggalkan oleh tiga pemain import sebelum ini iaitu, Marion Juhas (Pertahanan), Mohd Lamin Conteh (Tengah) serta Udo Fortune (Penyerang). Di tambah dengan kemungkinan penghijrahan ke Slovakia oleh dua tonggak utama pasukan musim lepas iaitu pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan (pertahanan) dan Mohd Zaquan Adha Abd Razak(Penyerang) serta pengguguran bekas ketua pasukan Khairul Anuar Baharom (Pertahanan)
Jelas, Negeri Sembilan harus berusaha mengguatkan bahagian serangan dan pertahanan yang dilihat goyah dengan ketiadaan kumpulan seperti pemain yang disebut diatas. Kebimbangan peminat bertambah, ekoran musim hadapan Negeri Sembilan turut akan mewakili Malaysia bagi saingan Kelab-kelab Asia. Peminat tidak mahu penyertaan Negeri Sembilan di kejohanan terbabit hanya sebagai pelengkap pasukan sahaja.

Mohd Rahman Zabul

Jika alasan PBNS,langkah yang bakal dimabil mereka nanti adalah sebagai rancangan juangka panjang, di harap ia mampu dikaji semula. Mengikut rekod sebelum ini, Negeri Sembilan pernah menggunakan langkah yang sama pada tahun 2002 dan 2007( dibawah kendalian Hatem Soussi)
dan akibatnya Negeri Sembilan menjadi pasukan yang mudah diperlekehkan oleh pasukan lain.
Bukan tidak boleh mempertaruhkan bakat-bakat muda, cuma ia patut diseimbangkan dengan kehadiran pemain-pemain yang lebih berpengalaman. Kini Negeri Sembilan hanya memiliki Ching Ong Aik, Idris Karim, Rezal Zambrey Yahya dan Rahman Zabul sahaja yang dapat membimbing pemain-pemain muda ini.
Di sini di harapkan, PBNS dapat membawa semula Norhafiz Zamani Misbah serta Yosri Dermaraju ke dalam pasukan bagi menyeimbangkan kekuatan pasukan teruatamanya di bahagian pertahanan. Secara tidak langsung sebenarnya, dengan kemasukan pemain ini mampu menaikkan semangat pemain-pemain muda dalam pasukan, lebih-lebih lagi kedua pemain ini merupakan anak jati Negeri Sembilan. Seorang penyerang berpengalaman juga seharusnya dibawa masuk oleh PBNS. Ketika ini masalah terbesar adalah di posisi terbabit. Besar harapan juga, pengendali Negeri Sembilan ketika ini iaitu Wan Jamak Wan Hassan bijak merencana strategi terbaik bagi membawa kejayaan kepada pasukan Jang musim akan datang.

Tuesday, October 07, 2008

Jang Perlu Pantas

Musim baru, tenaga baru, azam baru, strategi baru.

Sepak mula Liga Malaysia ada 3 bulan lagi! Sesetengah mereka di kerusi empuk PBNS mungkin berasa lambat lagi perlu menyediakan pasukan tapi bagi pasukan-pasukan lain mereka sudahpun beriya-iya menyediakan sebuah pasukan yang mantap latihan sudah dimulakan walaupun open house masih merata-rata umpama esok lusa liga bermula. Tawaran kepada yang tamat kontrak telahpun dihulur hanya menanti jawapan sahaja.

PBNS macam biasa, hanya MoU dihulur untuk terus kekal bersama beserta naik gaji sedikit saja. Local import jangan ditanya alasannya fokus kepada pemain muda.

Jang jangan leka jang, mereka semakin mara sedangkan kita hanya berpeluk dada. Melihat mereka membina tenaga sedang kita asyik leka bermimpi di siang hari sahaja.

Tuesday, September 23, 2008

Salam Aidilfitri dari JangBola

Aidilfitri Hari Bahagia, Hari Mulia

Pada kesempatan ini JangBola mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua peminat-peminat tegar bola sepak pasukan Si Rusa. Semoga beroleh kesempurnaan dalam melakukan amalan-amalan sepanjang kita di bulan Ramadhan. Kita doakan juga agar kita dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.

Ohhh...Gosip gosip gosip, bulan Ramadhan juga tak dapat lari daripada dihinggapi penyakit gosip termasuklah dalam bola sepak. Terkini yang JangBola dengar ramai pemain dari sebuah pasukan utara tanahair bakal 'angkat kaki' termasuk yang muda-muda pun beriya-iya ingin mendapatkan pelepasan. Juga khabarnya sebuah pasukan kelab yang baru 'naik pangkat' rakus mencari pemain-pemain yang ada nama hinggakan ada pasukan-pasukan yang tidak berpuas hati dengan cara kelab ini memancing pemain.

Tidak kurang hebat juga ada sebuah pasukan dari Lembah Klang yang agak drastik membuang tonggak-tonggak mereka tapi pada masa yang sama cuba merampas pemain dari pasukan lain walaupun tahu pemain itu masih mempunyai kontrak. Itulah resam bola sepak di penghujung masim bila menanti musim baru tiba. Semoga keluar-masuk pemain dalam sesebuah pasukan dapat merancakkan saingan liga kita hendaknya.

Apa yang terkini di kem Si Rusa? Sumber JangBola memberitahu semua pemain yang bernaung dengan PBNS telah menandatangani MoU untuk kekal bersama N9 kecuali Sang Kembar yang berada di Slovakia bersama pasukan negara dalam siri jelajah persahabatan. Tiga nama yang digugurkan sudahpun diketahui umum iaitu bekas ketua pasukan Khairul Anuar Baharom, penyerang yang sudah kurang bisanya Effendi Malek dan penjaga gol yang banyak memanaskan bangku simpanan Yazid Yassin.

Akhir sekali, JangBola ucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Pandu berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersyang. Salam manis dan salam mesra untuk semua.

Saturday, August 30, 2008

Gosip JangBola menjelang musim 2009

tut tut tut hello! hello! JangBola menerima panggilan telefon petang semalam dari seorang pemanggil yang enggan memperkenalkan dirinya. JangBola layanje la paneh juga ceritanya, khabarnya nama beberapa otai telah dislash oleh pihak tertentu dari mewakili skuad ini musim depan. Itu takper la ada lagi satu yang menarik, JangBola diberitahu ada juga sebahagian otai-otai ni dah mula buat offer diri dengan team lain. Team tu ialah tutttt hehehe JangBola tak boleh bagitaula. (tp yang sebenarnya JangBola pun tak tau)

Cerita tentang gosip pindah memindah ni plak teringat JangBola pasal si kembar N9 ni pulak. Meletup sana sini menggosipkan mereka ni akan ke team itulah team inilah tapi sehingga kini keputusan masih belum diketahui. JangBola berharap mereka dapat memikirkan sebaik-baiknya masa depan karier mereka dan mendoakan mendapat yang terbaik. Setahu JangBola la kan tak ramai anak N9 yang merantau dapat mencipta nama sebaik di N9. Contoh JangBola ambil macam K. Rajan masa main dengan N9 dulu bukan main menjadi igauan pasukan lawan dan kerap kali dipanggil pasukan kebangsaan tapi bila dia berhijrah ke Selangor dan kemudian Pahang. Hmmm Entahlaaa dah tak nampak lagi larian lipas kudung budak Bahau ni.

Ingatan JangBola pada mereka yang berura-ura nak berhijrah fikir sebaik-baiknya, rezeki tuhan memang ada dimana-mana tapi harus diingat tempat jatuh lagikan dikenang. Hujan emas di negeri orang hujang batu di negeri sendiri. Fikir-fikirkanlah.